Welcome to Patani Institute (PI) official website


Patani Institute (PI) ditubuhkan pada 21 April 2012 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang di bawah program Patani Peace Program, REPUSM, Universiti Sains Malaysia. Penubuhan ini dimulakan dengan penganjuran seminar yang melibatkan individu-individu aktif dalam aktiviti pembinaan perdamaian di Patani. Mereka ini terdiri daripada badan-badan NGOs, media, persatuan, ahli akademik dan anggota gerakan pemisah di Patani. Falsafah di sebalik penubuhan PI adalah untuk menyatukan dan memperkasakan kelompok masyarakat sivil dan aktor konflik khususnya di kalangan Orang Melayu Islam Patani untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti perdamaian. Keterlibatan kelompok ini dalam proses perdamaian sangat penting bagi memastikan konflik yang dialami dapat diselesaikan berdasarkan usaha Orang Melayu Islam sendiri tanpa melibatkan pihak luar.

Posted in Article | 1 Comment

Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu dan Transformasi


Oleh Che Mohd Aziz bin Yaacob, Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Kemunculannya kembali konflik di Selatan Thailand pada Januari 2004 dilihat semakin rumit dengan pelbagai isu yang saling berkait. Keadaan ini menjadi cabaran besar buat kerajaan Thailand untuk mencari jalan penyelesaian. Isu konflik yang pada awalnya melibatkan tuntutan kemerdekaan (akibat penjajahan kerajaan Siam ke atas negeri Patani) oleh Orang Melayu Islam Patani (OMIP) seterusnya berkembang menimbulkan isu-isu lain. Antara isu-isunya ialah ketidakadilan kerajaan Thailand ke atas sejarah, identiti, budaya, ekonomi, dan hak asasi manusia OMIP yang majoritinya tinggal di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala. Ketidakadilan wujud apabila kerajaan Thailand menafikan tuntutan kemerdekaan tersebut dengan melaksanakan dasar-dasar yang berbentuk asimilasi dan diskriminasi ke atas OMIP. Sebagai tindakbalas, OMIP melalui pertubuhan-pertubuhan gerakan pemisah meneruskan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dan membentuk pemerintahan sendiri. Dalam pendekatan transformasi konflik, kemunculan isu-isu ini  bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan kerana transformasi yang berlaku dalam konflik ini berbentuk negatif.

Continue reading

Posted in Article | 1 Comment

Kerajaan Filipina-MILF siap sedia tandatangani pelan damai


MANILA: Kumpulan pejuang Islam terbesar di Filipina hari ini bersiap sedia untuk memandatangani pelan damai dengan kerajaan bagi menamatkan krisis di selatan negara itu yang sudah mengorbankan lebih 150,000 nyawa.

Presiden Benigno Aquino dan ketua Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim pagi tadi mengadakan pertemuan bersejarah sempena menandatangani kerangka pelan damai yang mengakhiri konflik menjelang 2016 itu. “Ia sebagai bunyi perdamaian,” kata Ebrahim yang tersenyum selepas memukul gong yang menjadi alat tradisional Islam Filipina pada pertemuannya dengan Aquino di Istana Presiden. – Berita Harian

Posted in Berita (News) | Leave a comment

Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954


Sengketa di perbatasan negeri berlaku di merata dunia sepanjang masa. Bukan sedikit tentera dan orang awam terkorban sebelum Bukit Golan jatuh ke tangan Israel, India dan Pakistan berbalah hingga ke saat ini bagi mengesahkan hak ke atas Kashmir. Demikian juga halnya dengan isu Patani, Mindanao, Aceh, Timor Timur, Pulau Batu Putih, Pulau Layang-layang dan Spratly yang turut dituntut oleh Malaysia. Bukit Golan yang subur, Kashmir yang indah kepada pelancong, Spratly yang strategik bagi ketenteraan dan dikatakan sarat dengan petroleum di perut buminya, tapak Masjid Babri kerana sentimen agama terdahulu – semua ini menjadi alasan bagi sengketa, perbalahan dan perebutan.

Siri ini akan memberi tumpuan ke atas konflik sempadan yang berlaku di beberapa wilayah di rantau Asia Tenggara, bermula dengan konflik di Patani. Kajian dan perbahasan dalam siri ini diharap akan menumbuhkan sosok baru dalam kajian sejarah Malaysia dan serantau.

Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani,

Buku ini diabadikan kepada pejuang-pejuang Melayu Patani, khususnya almarhum Tengku Mahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji Sulung yang telah berusaha dengan gigih untuk
mempertahankan agama bangsa dantanah air ini.

Continue reading

Posted in Sejarah (history) | Leave a comment